Aizat kini lebih hargai Ramadan - Hiburan | mStar

Aizat kini lebih hargai Ramadan

Aizat kini lebih menghargai ramadan dengan kerap mengerjakan sola tarawikh dan berbagai kerja amal. - foto mStar Online
Aizat kini lebih menghargai ramadan dengan kerap mengerjakan sola tarawikh dan berbagai kerja amal. - foto mStar Online

BULAN Ramadan pastinya membawa satu perubahan yang besar di dalam diri setiap insan kerana bulan ini merupakan waktu yang paling sesuai untuk kita sedar akan muhasabah diri.

Begitu juga bagi penyanyi, Mohd Aizat Amdan atau lebih dikenali sebagai Aizat ini yang merasakan dirinya semakin matang untuk lebih menghargai Ramadan berbanding Syawal.

"Aizat merasakan diri Aizat sekarang sudah semakin matang berbanding dulu, sekarang Aizat akan lebih menghargai Ramadan dari syawal.

"Aizat rasa tak sabar-sabar sebelum ni bila nak sambut ramadan berbanding zaman dulu Aizat lebih nak sambut raya je...

"Dulu bila puasa je rasa malas nak berpuasa, asyik nak ponteng je...sekarang Aizat dah tak fikir raya tu lebih seronok, sebaliknya puasa lagi seronok.

"Sebab tu bila Aizat pergi tarawikh Aizat rasa seronok sangat," kata Aizat.

Kematangan yang dimiliki Aizat juga telah membawa dia dan abangnya, Anas untuk mencipta sebuah lagu yang berjudul 'Erti Kata Hati' yang didekasikan khas kepada mangsa-mangsa peperangan di Palestin.

"Sebenarnya kami tersentuh dengan keadaan di Gaza yang mana kanak-kanak yang tak berdosa juga terlibat menjadi mangsa peperangan.

"Jadi dari situ kami dapat ilham untuk mencipta lagu ini dan sepenuhnya kami dedikasikan buat mereka," katanya yang turut akan menghasilkan album keduanya pada hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Selain itu, bagi penyanyi yang berasal dari Kuala Lumpur ini, mengatakan segala kejayaan yang diperolehinya merupakan satu cabaran dan dugaan yang diberi Allah s.w.t terhadap dirinya.

"Aizat bersyukur sangat dengan segala kejayaan yang Aizat perolehi, tetapi bagi Aizat itu semua adalah satu cabaran dan dugaan yang diberi kepada Aizat oleh Allah s.w.t.

"Mungkin tuhan nak uji diri Aizat sama ada Aizat bersyukur atau Aizat jadi lupa diri bila sudah berjaya.

"Aizat anggap itu dugaan, Aizat akan lebih bekerja keras, perbaiki diri dan personaliti Aizat malah bagi Aizat setiap hari merupakan hari pembelajaran buat Aizat," jelas Aizat.

Aizat turut diminta untuk mengulas mengenai kenyataan ayahnya, Dato' Amdan Mat Din, yang hanya membenarkan Aizat untuk berkahwin hanya pada umur 30 tahun dan Aizat mengatakan keputusan ayahnya itu bersebab dan dia menerimanya.

"Bagi Aizat, apa yang ayah cakap itu ada 'point' dia sendiri... dia inginkan yang terbaik untuk anak-anak dia agar lebih matang dan stabil sebelum mendirikan rumah tangga sebab kalau tak stabil, macam mana saya boleh pikul tanggungjawab nak jaga anak dara orang.

"Berkenaan isu umur 30 tahun tu, ayah saya hanya letakkan sebagai syarat je... kalau saya sudah betul-betul stabil sebelum usia tersebut, saya dah boleh kahwin dah.

"Tapi Aizat bersyukur sangat dapat keluarga yang tidak mengongkong Aizat dan tidak menghalang Aizat untuk berkawan dengan sesiapa saja," kata Aizat.

Ditanya mengenai calon isterinya nanti Aizat mengatakan dia tidak memilih wanita tersebut dari golongan artis atau tidak, sebaliknya mementingkan persefahaman yang ada di antara mereka nanti.

"Aizat tak kisah siapa pun yang akan Aizat pilih nanti asalkan dia boleh faham saya, boleh terima keluarga saya dan apa yang penting ada persefahaman antara kami berdua," jelas Aizat.

Namun apabila menyentuh mengenai Liyana Jasmay yang akan dipilih Aizat sebagai calon isteri, Aizat hanya tersipu malu dan enggan mengatakan apa-apa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hukuman Chris Brown didedahkan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain