suria

Putera Harry dan Chelsy Davy kembali bercinta

Putera Harry kini menjalinkan hubungan semula dengan Chelsy Davy. Mereka sebelum ini telah bercinta selama lima tahun dan berpisah lapan bulan lepas. foto-AFP

PUTERA Harry kini telah menjalinkan hubungan kembali dengan bekas kekasihnya selama lima tahun Chelsy Davy.

Mereka berpisah sejak lapan bulan lepas, ketika itu Chelsy memutuskan hubungannya dengan Putera Harry melalui laman web Facebook.

Selepas kejadian itu, mereka berdua dikatakan telah berjumpa semula. Antaranya ialah di kediaman Putera Harry di Clarence House, London.

Menurut laporan Putera Harry dikatakan merancang pertemuan itu dan kini mereka dikatakan sering berhubung melalui panggilan telefon. Seorang sumber yang rapat dengan Putera Harry dan Chelsy mengatakan semalam mereka keluar bersama dan telah berpacaran semula.

Bagaimanapun mereka mahu hubungan itu tidak dihebahkan untuk memberi ruang supaya hubungan mereka akan berkekalan. "Chelsy tidak tahan lagi dengan kehadiran media yang saban hari membuat liputan mengenai hubungan mereka. "Anda tidak akan dapat lagi melihat mereka keluar bersama, sekarang ini mereka hanya akan berjumpa di tempat rahsia.

"Harry sangat masih lagi tidak boleh melupakan Chelsy," kata sumber tersebut.

Artikel Berikut

Aizat kini lebih hargai Ramadan

Artikel Lain