suria

Iqbal juara 'Pilih Kasih' musim pertama

Muhammad Iqbal Mazlan mencium trofinya selepas diumumkan sebagai juara Pilih Kasih musim pertama. - foto THE STAR oleh DARRAN TAN
Muhammad Iqbal Mazlan mencium trofinya selepas diumumkan sebagai juara Pilih Kasih musim pertama. - foto THE STAR oleh DARRAN TAN
Muhammad Iqbal Mazlan mencium trofinya selepas diumumkan sebagai juara Pilih Kasih musim pertama. - foto THE STAR oleh DARRAN TAN

SENAWANG: Pelakon dan penyanyi sambilan, Muhammad Iqbal Mazlan, 20 (Iqbal Mazlan) dinobatkan sebagai juara 'Pilih Kasih' musim pertama, pada peringkat akhir program itu yang berlangsung di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban, di sini, semalam.

Iqbal, 20, yang memperoleh peratusan tertinggi iaitu 39.36 peratus adalah antara lima pelakon yang 'dicari' Rosyam Nor selama 10 minggu program realiti itu berlangsung.

Ia diikuti dengan empat peserta lain iaitu Reza Hasbi (36.27 peratus), Indera Hafiz (31.59 peratus), Nabila Dally (28.45 peratus) serta Wanina Zaki (26.67 peratus).

Lima finalis lain terdiri daripada Mohamad Redzuan Rosli, 19 (Diwan Nawi), Farah Azleenda Abdul Aziz, 20 (Zulin Aziz); Rabiatul Balqis Rameshan, 21 (Bea Rameshan), Mohamad Redzuan Rosli, 19 (Diwan Nawi) dan Mohamad Ridzuan Hasbullah, 20 (Reza Hasbi).

Iqbal yang ditemui sejurus selepas itu berkata, dia sememangnya cukup terkejut dan tidak menyangka akan menjadi juara 'Pilih Kasih'.

Lebih-lebih lagi katanya, dia menduduki tempat tercorot dalam undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan hanya mendapat 0.36 peratus.

"Saya tidak pernah berfikir untuk melangkah sejauh ini apatah lagi menjuarai program realiti ini.

"Apa yang saya tahu, saya mesti membuat yang terbaik di pentas agar menonjolkan bakat lakonan saya," katanya pada sidang akhbar sejurus berakhirnya 'Pentas Akhir Pilih Kasih'.

Sementara itu, Pelakon lelaki dan wanita terbaik 'Pilih Kasih' ialah Sofian Bujang dan Wanina Zaki.

Masing-masing menerima trofi dan ditawarkan berlakon dalam dua buah drama bersiri arahan pelakon dan pengarah terkenal Erma Fatima.

Walaupun julung kali diadakan, 'Pilih Kasih' mempunyai daya penarik yang tersendiri.

Misalnya, tayangan drama pendek bersiri 'Mangsa Pemburu' diakhiri dengan adegan sepasukan anggota polis berkejaran menangkap seorang penjenayah bertopeng balaclava.

Insiden tersebut adalah berkesinambungan daripada bahagian akhir drama pendek tersebut. Menariknya, lelaki bertopeng tersebut ialah Rosyam Nor sendiri!

Dalam drama pendek itu juga, Iqbal yang memegang watak utama lelaki berjaya berlakon dengan baik sekali.

Malah, persembahan monolog Iqbal berjudul 'Menjadi Pelakon' mendapat pujian daripada dua pengkritik peringkat akhir Pilih Kasih iaitu Dr. Abu Hassan dan Mamat Khalid.

Artis-artis undangan seperti Mazlan Tahir, Zulhairy, Zamzuriah Zahari dan Liyana Jasmay menjayakan persembahan monolog-monolog pada malam itu.

Penonton juga turut disajikan dengan persembahan oleh artis jemputan, Akhil Hayy, Azlan & The Type Writer dan Amy Search.

HADIAH-HADIAH

Tempat pertama (Iqbal Mazlan): Wang tunai RM10,000, kereta Naza Suria sumbangan Oriva, trofi sumbangan Langkawi Crystal, pakej percutian ke Perth bernilai RM5,000 sumbangan Utusan Travel Holiday, cenderahati dari Alfo Lighting bernilai RM2,000 dan biasiswa pengajian di Aswara.

Tempat kedua (Reza Hasbi): Wang tunai RM10,000, kereta Naza Suria sumbangan Oriva, trofi sumbangan Langkawi Crystal, pakej percutian ke Perth bernilai RM5,000 sumbangan Utusan Travel Holiday, cenderahati dari Alfo Lighting bernilai RM2,000 dan biasiswa pengajian di Aswara.

Tempat ketiga (Indera Hafiz): Wang tunai RM3,000, trofi, pakej percutian ke Jakarta bernilai RM2,000 sumbangan Utusan Travel Holiday, cenderahati dari Alfo Lighting bernilai RM600 dan biasiswa pengajian di Aswara.

Tempat keempat (Nabila Dally): Trofi serta RM1,000.

Tempat kelima (Wanina Zaki) : Trofi serta RM1,000.

Lima peserta teratas tersebut akan ditawarkan kontrak berlakon selama setahun dalam drama dan filem 'Kekasih' terbitan Suhan Movies yang dimiliki oleh Rosyam Nor.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain