suria

John Travolta masih setia menjadi penganut 'Scientology'

John Travolta ketika tiba untuk tayangan perdana filem 'Bolt' di Los Angeles. foto-AP
John Travolta ketika tiba untuk tayangan perdana filem 'Bolt' di Los Angeles. foto-AP
John Travolta ketika tiba untuk tayangan perdana filem 'Bolt' di Los Angeles. foto-AP

SEMUA berita tentang selebriti John Travolta, 55, kononnya telah tidak mempercayai anutan agama 'Scientology' sejak kematian anaknya, Jett pada bulan Januari lalu adalah tidak benar.

"Tidak ada apa-apa perubahan antara Travolta dengan Gereja Scientology. Dia masih menjadi anggota gereja itu - dulu, kini dan selamanya," kawannya Bloch.

Travolta, isterinya Kelly Preston, 46, dan anak mereka Ella Bleu, 9, yang masih kesedihan di atas kematian Jett baru-baru ini telah pulang ke kediaman mereka di Isleboro, Maine, di mana keluarga bahagia ini menghabiskan cuti Krismas pada tahun 2008.

Pada 18 Julai, Travolta dan Preston cuba beramah mesra dengan penduduk tempatan di situ tapi menurut beberapa orang pemerhati, Travolta kelihatan diam dan tidak begitu banyak bercakap.

"Dia banyak menyendiri dan tidak mahu bercakap banyak," kata salah seorang daripada mereka.

Keluarga Travolta akan dapat dilihat bersama dalam sebuah filem komedi bertajuk 'Old Dogs', yang akan turut dibintangi oleh pendatang baru Ella Bleu. Filem ini akan ditayangkan pada 25 November nanti.

Katie, anak perempuannya Suri dan suaminya Tom Cruise tiba di Melbourne awal bulan ini dan menetap di rumah sahabat baik mereka, seorang billionaire bernama James Packer yang bertempat di suite peribadi di Tingkat 39, di Crown Towers Complex di Yarra River.

Sementara semua keluarganya berlibur, Katie akan menumpukan perhatiannya kepada penggambaran filem bersama bintang-bintang lain seperti Guy Pearce dan Bailee Madison.

Artikel Lain