suria

Beyonce tidak tahu dia berada di mana kerana terlalu sibuk

Beyonce tersenyum selepas memenangi anugerah artis wanita terbaik kategori R&B ketika anugerah BET 2009 di Los Angeles. foto-REUTERS

JADUAL siri jelajahnya sangat ketat hingga penyanyi terkenal Beyonce Knowles terlupa di negara mana dia berada.

Walaupun baru tiga bulan dalam jelajah konsertnya, penyanyi itu tidak ingat dimana tempat dia sedang berada.

Apa yang dia ingat hanyalah dia kini berada di sebuah bandar di AS yang bermula dengan huruf S tapi dia tidak pasti bandar yang mana satu.

"Setahu saya, saya berada di San Francisco... mungkin juga San Diego ataupun Sacremento.

"Saya tidak boleh ingat langsung, bila tiba saya terus dibawa ke tempat konsert," kata Beyonce.

Siri jelajahnya kali ini merupakan antara yang paling besar dalam kariernya, yang sehingga kini sudahpun mengutip 37.5 juta dolar hasil daripada jualan tiket.

Dia dijangka akan meneruskan siri jelajahnya di Australia bulan September depan di Sydney's Acer Arena.

Artikel Lain