suria

Denzel Washington terpaksa tambah berat badan untuk filem baru

Denzel Washington ketika tiba di tayangan perdana filem barunya 'The Taking of Pelham 1 2 3' di Los Angeles. foto-AFP

PEMENANG anugerah Oskar, Denzil Washington tidak kisah apabila pengarah filem barunya 'The Taking of Pelhan 1 2 3' menyuruh beliau untuk menambahkan berat badan kerana dia sebenarnya memang suka makan makanan ringan.

Dalam filem barunya yang turut dibintangi oleh pelakon terkenal John Travolta itu, beliau terpaksa menambah 40 pound (18 Kg) berat badanya.

"Berlakon dalam filem ini sungguh menyeronokan... Hamburger, Haagen Daz (aiskrim), apa sahaja yang saya mahukan semua tiada masalah.

Hero filem 'American Gangster' itu bagaimanapun kembali ke berat badan asalnya selepas pengambaran filem itu selesai.

Artikel Lain