suria

Memorial terakhir MJ mungkin di LA Staples Center

Para pekerja meletakkan kepingan-kepingan rumput di Neverland Ranch, Los Olivos, California pada 1 Julai 2009. Mereka membuat persediaan untuk servis memperingati Raja Pop Michael Jackson di kediaman rasmi mendiang. - foto AP
Para pekerja meletakkan kepingan-kepingan rumput di Neverland Ranch, Los Olivos, California pada 1 Julai 2009. Mereka membuat persediaan untuk servis memperingati Raja Pop Michael Jackson di kediaman rasmi mendiang. - foto AP
Para pekerja meletakkan kepingan-kepingan rumput di Neverland Ranch, Los Olivos, California pada 1 Julai 2009. Mereka membuat persediaan untuk servis memperingati Raja Pop Michael Jackson di kediaman rasmi mendiang. - foto AP

UPACARA pengebumian Michael Jackson masih dirahsiakan. Di mana memorial penghormatan akan diadakan dan tempat persemadian, hingga kini masih tinggal misteri.

Namun media barat sudah buat berbagai spekulasi. Ada yang kata superstar terkenal itu akan ditanam di Neverland Ranch dan khabar terbaru pula, memorial penghormatan terakhir akan dilakukan di Los Angeles’ Staples Center.

Staples Center dipilih sebagai venue paling ideal kerana ia boleh memuatkan 20 ribu orang dan inilah tempat terakhir Michael Jackson berada ketika membuat latihan pada malam 24 Jun hingga lewat tengah malam bagi menyiapkan diri untuk konsert Londonnya yang berjudul 'This Is It' yang dijadualkan berlangsung pada bulan ini.

Laporan terkini turut menyebut, jenazah Michael masih disimpan di Forest Lawn Mortuary, Hollywood Hills. Dan sehingga kini, belum ada seorang pun ahli keluarga Michael yang tampil ke hadapan untuk mendapatkan 'Sijil Kematian' Michael.

Menurut prosedur undang-undang, laporan kematian seseorang perlu dilaporkan selewat-lewatnya 8 hari. Tapi kini sudah masuk hari ke-10, masih belum ada sesiapa yang membuat laporan tentang kematian Michael secara rasmi.

Di mana pun Michael akan bersemadi, sahabat karibnya pasti akan menangisi pemergiannya. Antara mereka ialah Dame Elizabeth Taylor. Liz, khabarnya telah memberi kepastian yang dia akan hadir ke upacara pegebumian Michael bersama penyanyi veteran Barry Manilow dari Washington, D.C..

"Michael adalah penghibur yang terhebat. Saya berasa sungguh gembira berada di dunia ini ketika Michael ada," kata Manilow.

Sementara itu, peminat-peminat Michael melahirkan rasa kecewa kerana idola pujaan mereka tidak akan disemadikan di Neverland Ranch.

"Kami benar-benar berasa amat kecewa," kata Ida Barron, 44, yang tiba di situ bersama suaminya Paul Barron, 56, dan mereka bercadang menetap dalam khemah untuk beberapa hari.

"Kami akan mendengar muzik dan menonton DVD Michael Jackson selain berparti sepanjang malam, bukan sahaja untuk berseronok, tetapi mengenang Michael Jackson," kata Paul Barron.

Jurucakap keluarga Jackson, Ken Sunshine memberitahu satu upacara memperingati Jackson sepatutnya diadakan di Neverland.

Bagaimanapun katanya, ia tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu.

Sumber itu memberitahu, jutawan Thomas Barrack, yang memiliki Neverland secara usahasama bersama Jackson, cuba mendapatkan kelonggaran/pengecualian untuk mengebumikan Jackson di ladang ternak itu.

Katanya, ini kerana ia melibatkan proses yang rumit dan oleh itu, pengebumian tidak dapat dijalankan pada minggu ini.

"Keluarga Jackson sedar pengebumian di Neverland tidak mungkin berlaku. Mereka dijangka membuat keputusan apakah bentuk pengebumian dan upacara peringatan akan diadakan," menurut sumber itu.

Hartanah itu adalah kira-kira 120 batu dari barat-laut Los Angeles.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain