suria

Priyanka Chopka 'duta' produk paling laku

Wajah jelita milik Priyanka menghiasi jenama-jenama seperti Lux, Ponds, Sunsilk, Hero Honda, Nokia, Tag Heuer, J. Hampsted dan Virgin Comic.

AKTRES jelita Bollywood Priyanka Chopra mungkin selebriti paling bertuah di India pada tahun ini.

Bukan saja filemnya mendapat sambutan seperti 'Fashion' dan 'Dostana', beliau juga cukup laku sekali apabila dilamar untuk menjadi duta bagi produk-produk penting.

Menurut satu tinjauan, Priyanka merupakan Ratu produk endors di India.

Malah, kelarisan menjadi Duta menyebabkan kedudukan aktres itu berada di tangga kedua selepas raja Bollywood, Shah Rukh Khan yang tetap mengungguli Duta terlaris bagi 'endorsement' tahun 2008.

Kini, wajah milik Priyanka menghiasi jenama-jenama seperti Lux, Ponds, Sunsilk, Hero Honda, Nokia, Tag Heuer, J. Hampsted dan Virgin Comic.

Selain laris di'endors', aktres ini juga turut diburu oleh ramai produser. Priyanka mempunyai jadual kerja yang cukup padat tahun ini.

Filem terbaru beliau ialah filem arahan Vishal Bharadwaj - "Kaminay" dan Ashutosh Gowariker dalam "What's Your Rashee?".

Artikel Sebelum

Artikel Lain