suria

Filem 'The Curious Case of Benjamin Button' kedua terlaris di dunia

Filem "The Curious Case of Benjamin Button" arahan David Fincher ini, mendahului carta di U.K., Sepanyol dan Perancis, menjadikan ia filem kedua terlaris seluruh dunia bagi tahun 2009, di belakang filem 'Madagascar: Escape 2 Africa'.
Filem
Filem "The Curious Case of Benjamin Button" arahan David Fincher ini, mendahului carta di U.K., Sepanyol dan Perancis, menjadikan ia filem kedua terlaris seluruh dunia bagi tahun 2009, di belakang filem 'Madagascar: Escape 2 Africa'.

THE Curious Case Of Benjamin Button, yang dibintangi aktor kacak Brad Pitt, telah mengungguli carta 'box office' sehingga meraih pulangan lumayan sebanyak 22 juta pound, menurut satu tinjauan yang dilakukan pada hujung minggu lalu.

Filem ini diinspirasikan oleh cerita pendek novelis terkenal F. Scott Fitzgerald berkisarkan tentang seorang lelaki muda yang tiba-tiba menjadi tua dan dilahirkan dengan kulit dan organ lelaki berusia 80 tahun. Keadaan ini memeranjatkan ramai orang di New Orleans dan di tempat-tempat lain.

Filem, arahan David Fincher ini, mendahului carta di U.K., Sepanyol dan Perancis, menjadikan ia filem kedua terlaris seluruh dunia bagi tahun 2009, di belakang filem 'Madagascar: Escape 2 Africa'.

Filem Tom Cruise yang berlatarbelakangkan Perang Dunia II bertajuk 'Valkyrie' pula memperolehi 7.8 juta pound dan filem animasi Disney Bolt pula mendapat tempat ketiga dengan mengutip 6.8 juta.

Filem 'Revolutionary Road', yang dibintangi Kate Winslet dan Leonardo DiCaprio, mendapat 4.5 juta pound di peringkat internasional.

Tempat kelima dimenangi oleh filem 'Bride Wars', yang memperolehi 4.3 juta pound di 43 tempat.

Artikel Sebelum

Artikel Lain