suria

The Marvels catat kutipan terburuk dalam MCU, populariti Park Seo Joon tak bantu tarik penonton

Populariti Park Seo Joon nyata tidak beri kesan positif kepada filem The Marvels.

SEKUAL filem adiwira The Marvels tidak mencapai kutipan memberangsangkan selepas empat minggu ditayangkan di pawagam.

Sejak dilancarkan pada 10 November lalu, filem berkenaan hanya mengaut keuntungan AS$80 juta (RM373 juta) di Amerika Syarikat dan AS$197 juta (RM918 juta) di seluruh dunia.

Angka berkenaan sekaligus menjadikan filem berkenaaan dengan kutipan terendah dalam sejarah Maravel Cinematic Universe (MCU).

NP (2)

Antara babak yang dilakonkan Brie Larson dalam The Marvels.

Cubaan menampilkan pelakon popular Korea Selatan iaitu Park Seo Joon, ia tidak memberi apa-apa kesan positif kepada filem tersebut.

Malah ramai meluahkan rasa tertipu apabila Seo Joon hanya muncul selama dua minit menerusi hanya satu babak.

ARTIKEL BERKAITAN: Penantian tidak berbaloi, peminat kecewa Park Seo Joon muncul 2 minit dalam ‘The Marvel’

ARTIKEL BERKAITAN: Park Seo Joon bakal bergandingan dengan Brie Larson bintangi filem terbaharu Marvel Studios

The Marvels menampilkan barisan pelakon seperti Brie Larson, Iman Vellani, Zawe Ashton, Teyonah Parris, Jude Law dan Samuel L. Jackson.

Untuk rekod, kos produksi filem tersebut dianggarkan mencecah AS$219.8 juta (RM1.02 bilion).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain