suria

Rinoa Aurora tarik balik laporan terhadap kekasih, tersentuh hati ibu Leon datang minta maaf siap sujud di kaki

Rinoa terbuka hati untuk maafkan Leon.

PELAKON asal Indonesia, Rinoa Aurora menarik semula laporan polis yang dibuat terhadap kekasihnya, Leon Dozan atas dakwaan melakukan kekerasan sebelum ini.

Keputusan tersebut dibuat selepas ibu kepada Leon iaitu Betharia Sonatha yang juga merupakan seorang penyanyi dan pelakon merayu agar anaknya dibebaskan.

Dalam masa sama, ibu kepada Rinoa iaitu Yuliana Asaad juga memberitahu mereka menetapkan dua syarat terhadap Leon selepas dibebaskan.

rinoa aurora 1

Rinoa sebelum ini mendakwa Leon memukul dirinya.

"Hati saya tersentuh dengan permohonan maaf yang dibuat oleh Betharia. Jadi saya katakan kepada Rino untuk memaafkan. Kita lihat sahaja ke depan dan jangan pandang ke belakang.

"Mereka harus beri kenyataan. Pertama bahawa Rinoa akan terus selamat dan kedua Leon tidak akan ganggu atau menyakiti anak saya lagi," katanya.

Tambahnya, Betharia sebelum ini pernah sujud di kakinya memohon maaf atas kesalahan yang telah dilakukan oleh Leon terhadap Rinoa.

ARTIKEL BERKAITAN: Syahnaz Sadiqah dah insaf selepas kontroversi curang, pasang niat balik umrah pakai tudung

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis 18 tahun jadi teman wanita, Sule tak malu walau beza jarak usia... “Doakan untuk kami”

Sementara itu, Rinoa pula memberitahu hatinya terbuka untuk memaafkan Leon apabila melihat banyak perubahan pada lelaki itu selepas di ditahan pihak polis pada 17 November lalu.

"Saya, ibu dan Betharia adalah seorang wanita. Satu hari nanti saya juga akan menjadi ibu. Jadi saya amat memahami perasaannya.

"Saya melihat Leon juga sudah banyak berubah. Sebelum ini saya membuat laporan kerana mahu melindungi diri dan bagi tujuan keselamatan," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Tun Daim meninggal dunia