suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Han So Hee buat pembedahan hidung bukan sebab nak cantik tapi susah bernafas

Han So Hee syukur boleh bernafas semula.

PELAKON Han So Hee akhirnya menjawab dakwaan mengatakan dia melakukan pembedahan pada bahagian hidungnya.

Menurut Han So Hee, pembedahan tersebut bukannya untuk tujuan kecantikan sebaliknya kerana masalah kesihatan.

"Saya risau kerana hidung saya masih lagi bengkak selepas pembedahan.

hannn2

Doktor hanya tegakkan hidung Han So Hee.

"Saya sebenarnya tidak meletakkan sebarang silikon sebaliknya ia menjadi tinggi selepas doktor menegakkan hidung saya," katanya.

Dalam pada itu, Han So Hee juga memberitahu masalah alahan menyebabkan kualiti hidupnya terjejas dan hanya boleh bernafas menggunakan satu lubang hidung.

Namun dia kini bersyukur apabila mampu bernafas seperti orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Han So Hee minta peminat jangan taksub dengan selebriti, bentuk tubuh menarik sekadar tuntutan kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Muncul ‘live’ dengan muka bertindik, Han So Hee jawab soalan pelik peminat mengenai imej baharu

"Hidung saya bengkok, jadi saya hanya boleh bernafas melalui satu lubang hidung, dan saya berdengkur.

"Tapi pembedahan ini hanya untuk sementara waktu namun saya bersyukur mampu bernafas menggunakan kedua-duanya sekarang," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain