suria

Bapa jadi wali nikah Bunga Citra Lestari, resort mewah dikawal ketat untuk majlis petang ini

Ketua Daerah sahkan BCL berkahwin pada petang Sabtu.

PENYANYI Bunga Citra Lestari (BCL) bakal melangsungkan pernikahannya bersama lelaki pilihan hati yang dikenali sebagai Tiko Aryawardhana pada petang Sabtu.

Menurut Ketua Daerah Badung, Bali, Syahrul Muharam mendedahkan bapa BCL akan menjadi wali pada majlis perkahwinan anak perempuannya.

Kata Syahrul lagi, segala persiapan telah siap dan hanya menunggu waktu untuk pasangan itu disatukan.

bcll

BCL, Noah bersama ibu bapanya.

"InsyaAllah bapanya (BCL) akan menjadi walinya. Kami tidak boleh kongsi lanjut mengenai tempat pernikahan mereka kerana itu adalah privasi," katanya.

Sementara itu, sebuah resort mewah dipercayai Amankila, Bali, menjadi tempat pasangan berkenaan disatukan.

Malah BCL juga dikatakan telah menempah kesemua bilik di resort berkenaan bagi kesemua tetamunya bagi menjaga kerahsiaan majlis pernikahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bilang hari bahagia... Bunga Citra Lestari buang nama Sinclair, tukar ‘username’ Instagram

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga Ashraf Sinclair bagi restu Bunga Citra Lestari kahwin, ibu mentua siap titip doa buat bakal pengantin

Majlis perkahwinan antara BCL dan Tiko dipercayai hanya dihadiri oleh sahabat dan keluarga terdekat seramai 100 orang.

Tidak hanya itu, pengawal keselamatan resort juga melarang mana-mana media untuk membuat liputan dan hanya membenarkan tetamu majlis perkahwinan sahaja untuk masuk ke pekarangan hotel.

Untuk rekod, Bunga dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah Aidan.

Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 semasa tidur akibat serangan jantung.

Sementara Tiko pula merupakan bapa kepada tiga orang anak dan telah bercerai pada 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain