suria

Umur dah masuk 50 tahun, Jung Woo Sung dedah punca belum kahwin

Jung Woo belum sampai jodoh.

PELAKON Jung Woo Sung memberitahu sehingga kini dia belum menemui jodoh kerana masih terkenang kisah percintaan lalu bersama bekas kekasihnya iaitu Lee Ji Ah.

Memandangkan usia sudah mencecah 50 tahun, Jung Woo berkata dia sudah tidak lagi memikirkan mengenai perkahwinan dan pasangan.

Jung Woo mendedahkan mengenai perkara itu ketika ditemu bual dalam program Youtube Sung Si Kyung, baru-baru ini.

jung woo

Jung Woo masih kenang kisah percintaan lama.

"Saya bukan tak nak kahwin, tapi saya tak boleh nak kahwin sebab saya dah terlepas waktu yang tepat.

"Dahulu saya merupakan pelakon pertama yang bercinta secara terbuka bersama wanita bernama Lee Ji-ah dan hubungan kami mendapat sokongan ramai disokong ramai.

“Tapi sekarang lain pula, saya rasa kasihan dengan pelakon serta selebriti lain," jawab Jung menerusi temu bual berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jung Woo Sung Paling Kacak!

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis Subang Jaya akui jejaka Korea romantik, macam drama TV - “Masa confess dia bagi bunga, bracelet, siap ada surat tulis tangan”

Tambah Jung Woo lagi, dia juga serik dan trauma untuk bercinta lagi kerana khuatir kisah itu akan menjadi perhatian umum.

"Kita semua manusia biasa, jadi kenapa pelakon dan selebriti tidak boleh nak bercinta hanya kerana mereka popular?

“Disebabkan tiada privasi ini membuatkan saya dah tak nak bercinta lagi," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain