suria

Keluarga Ashraf Sinclair bagi restu Bunga Citra Lestari kahwin, ibu mentua siap titip doa buat bakal pengantin

Ibu Ashraf merestui hubungan Bunga.

KEPUTUSAN penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) mahu melangsungkan pernikahan pada awal Disember depan sudah mendapat restu daripada keluarga Allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair.

Menurut laporan Hops.Id, ibu kepada Ashraf iaitu Dida Sinclair dikatakan telah memberi keizinan kepada Bunga untuk kembali berumah tangga bersama pilihan hatinya iaitu Tiko Aryawardhana.

Dida turut menitipkan pesanan dan doa buat Bunga sebelum bergelar isteri buat kali kedua.

Bunga 1

Bunga berkahwin bersama Ashraf pada 2008.

"Doa saya untuk Bunga agar dibimbing oleh Allah, agar tetap kuat, sehat, bahagia, dan bersyukur," ujarnya.

Sebelum ini, Bunga dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka yang pernah dikaitkan dengannya iaitu Tiko Wardhana.

Bunga, 40, dan Tiko yang juga seorang duda dikatakan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 2 Disember ini di sebuah hotel di Bali, Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal mentua jiran sebelah rumah Bunga Citra Lestari, pejabat agama sudah keluarkan surat sokongan nikah

ARTIKEL BERKAITAN: Tiko Wardhana berjaya tambat hati, petugas pejabat agama dedah Bunga Citra Lestari bakal nikah di Bali

Perkara tersebut didedahkan oleh seorang petugas di pejabat agama dikenali sebagai Emma Fatmayani menerusi kenyataan di YouTube Indosiar.

Khabar angin juga mendakwa Bunga telah membawa Tiko untuk berkenalan bersama keluarga Ashraf ketika Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Untuk rekod, Bunga dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah Aidan.

Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 semasa tidur akibat serangan jantung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Dua maut akibat letupan di kilang