suria

Rossa tak tolak jika jodoh orang Korea... Impi jejaka kacak, baik dan ‘kaya’

Rossa nak kahwin lelaki Korea

PENYANYI Datuk Seri Rossa memberitahu dia tidak berkecil hati sekiranya sering diajukan soalan mengenai jodoh.

Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani, 45, sebaliknya dia meletakkan sepenuhnya ketentuan jodoh itu kepada takdir tuhan.

"Yang penting soal jodoh untuk saya itu kehendak Allah saja yang penting buat saya ialah baik, kacak... kaya itu saja ya, kaya hati ya, kaya harta kan itu perkara berbeza," katanya ketika ditemui di Central Park, Jakarta Barat.

rossa dqn anak

Rossa dan anak lelakinya Rizky Langit Ramadhan.

Sementara itu, penyanyi lagu Pudar ini turut memberitahu, anak lelakinya iaitu Rizky Langit Ramadhan, 16, adalah tempat buatnya berkongsi mengenai kenalan lelaki yang dikenalinya sebelum ini.

"Saya sering luah kepada dia kerana di rumah hanya kami berdua," luahnya.

Dalam pada itu, Rossa juga sempat bergurau memberitahu tidak kisah jika bertemu jodoh dengan jejaka berasal daripada Korea Selatan.

"Boleh saja ya... kalau dapat jodoh dengan orang Korea yang kacak, baik, kaya, Muslim, tak akan saya nak menolak kan," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain