suria

Bakal mentua jiran sebelah rumah Bunga Citra Lestari, pejabat agama sudah keluarkan surat sokongan nikah

Bunga didakwa bakal bernikah dengan Tiko.

PENYANYI Bunga Citra Lestari dilaporkan berjiran dengan bakal ibu bapa mentuanya di kawasan kediaman mewah di Jakarta, Indonesia.

Perkara itu turut disahkan oleh ketua rukun tetangga kawasan kediaman penyanyi terkenal itu dikenali sebagai Mahmud yang mendedahkan rumah mereka bersebelahan.

"Benar mereka merupakan jiran malah rumah mereka bersebelahan," katanya.

Bagaimanapun Mahmud memberitahu bakal suami Bunga iaitu Tiko Wardhana tidak menetap bersama ibu bapanya namun masih tinggal di kawasan berdekatan.

bcl1 - 1

Gosip pernikahan Bunga tular di media sosial.

Dalam pada itu, Ketua Kantor Urusan Agama (KUA) Jakarta, Daud Damsik mengesahkan pihaknya sudah mengeluarkan surat sokongan pernikahan Bunga dan Tiko pada 24 November lalu.

Daud memberitahu surat sokongan berkenaan hanya sah selama 10 hari bekerja dan pasangan itu perlu melangsungkan perkahwinan sebelum 8 Disember.

Pasangan itu sebelum ini dilaporkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 2 Disember ini di sebuah resort di Bali, Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiko Wardhana berjaya tambat hati, petugas pejabat agama dedah Bunga Citra Lestari bakal nikah di Bali

ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Citra Lestari sambut ulang tahun ke-40, jejaka dikaitkan sebagai teman lelaki turut hadir

"Pernikahan itu tidak boleh lewat daripada 10 hari waktu bekerja selepas surat sokongan dikeluarkan.

"Semua dokumen sudah lengkap dan Ahad lalu kami sudah terima surat keizinan bernikah daripada Bunga dan calon suaminya," katanya.

Sebelum ini, salah seorang petugas di pejabat agama dikenali sebagai Emma Fatmayani mendedahkan Bunga bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka yang pernah dikaitkan dengannya iaitu Tiko.

Ashraf Sinclair

Bunga dan Ashraf berkahwin pada 2008.

Bagaimanapun Emma tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar pernikahan pasangan tersebut kerana tidak mempunyai butiran lengkap mengenainya.

Untuk rekod, Bunga mendirikan rumah tangga dengan Ashraf Sinclair pada 2008 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah Aidan.

Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 semasa tidur akibat serangan jantung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain