suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bunga Citra Lestari sambut ulang tahun ke-40, jejaka dikaitkan sebagai teman lelaki turut hadir

Bunga Citra Lestari sambut ulang tahun ke-40 pada Rabu lalu.

GELAGAT penyanyi Bunga Citra Lestari sekali lagi menjadi perhatian ramai semasa menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-40 pada Rabu.

Menerusi video yang tular di media sosial, Bunga Citra Lestari atau lebih mesra dengan penggilan BCL terlihat teruja menyambut ulang tahun kelahiranya bersama rakan rapatnya.

Bagaimanapun, gelagat penyanyi lagu Wanita Terbahagia itu menarik tangan seorang lelaki dikenali sebagai Tiko Aryawardhana untuk berada di sisinya menjadi perhatian ramai.

65544-dinar-candy

Sambutan ulang tahun Bunga Citra Lestari jadi perhatian.

Kemesraan BCL dengan lelaki berkenaan mencetuskan tanda tanya malah ada juga yang mendakwa itu teman lelaki penyanyi berkenaan.

"Siapa lelaki itu? Kekasih baharu BCL ke?

"Nampak macam bukan usia dia sahaja, sepertinya Bunga macam dah move on.

ARTIKEL BERKAITAN: Berpakaian seksi sambil dikelilingi lelaki buat peminat berang terhadap Bunga Citra Lestari

ARTIKEL BERKAITAN: BCL syukur deria rasa dan bau kembali pulih selepas 10 hari kuarantin - “Berat badan semakin naik kerana dah ada nafsu makan!”

"Mesra betul BCL dengan lelaki sebelahnya," antara komen netizen.

Bukan itu sahaja, penampilan penyanyi berkenaan sekali lagi menjadi sebutan netizen apabila terlihat menjolok mata memandangkan sambutan itu dibuat sehari sebelum umat Islam berpuasa.

Sebelum ini, selebriti berkenaan turut terpalit dengan kontroversi mengenai penampilannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain