suria

DJ Dinar Candy tolak tawaran tunai umrah secara percuma, sambut Ramadan bersama keluarga di Makkah

Dinar berangkat tunai umrah bersama keluarga.

TERIMA banyak tawaran untuk menunaikan umrah di bulan Ramadan, DJ Dinar Candy memilih untuk pergi dengan menggunakan titik peluhnya sendiri.

Portal Suara.com melaporkan Dinar atau nama sebenarnya Ai Dinar Miswari, 30, mendedahkan sering menerima tawaran pakej umrah secara percuma menjelang bulan Ramadan.

"Sebenarnya ramai yang tawarkan kami pergi umrah secara percuma semasa berpuasa ini, tapi saya lebih memilih untuk membayar dan membawa keluarga saya.

65544-dinar-candy

Dinar bersama keluarga berangkat ke umrah bersama keluarga.

"Saya mahu lebih fokus dengan ibadah saya dan dekatkan diri dengan keluarga kerana jarang berjumpa. Saya juga nak rezeki itu lebih baik," katanya.

Dinar berangkat ke Tanah Suci Makkah pada Rabu itu turut membawa ibu bapa dan adik beradiknya.

Malah keputusan untuk pergi pada Ramadan ini memandangkan kesemuanya mempunyai masa terluang.

ARTIKEL BERKAITAN: Nikah sebab bekas teman wanita hamil 8 bulan, nama Alshad Ahmad kini jadi sebutan ramai

ARTIKEL BERKAITAN: Raffi Ahmad dituduh curang, kantoi tengah video call dengan bekas pekerja dalam bilik

"Semua persiapan sudah lengkap dan membawa enam orang ahli keluarga saya. Kami sekeluarga pergi pada ketika Ramadan kerana masing-masing sedang bercuti," ujarnya.

Dinar juga memberitahu bahawa dia akan kembali bergiat aktif selepas pulang dari mengerjakan umrah nanti.

"Jadual saya untuk hari raya nanti sudah padat, saya jarang muncul di televisyen dan sering membuat persembahan di luar kota," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain