suria

Joy Red Velvet dan Crush sudah putus, netizen buat spekulasi selepas ‘unfollow’ IG

Joy dan Crush didakwa sudah berpisah.

KHABAR angin muncul mendakwa hubungan anggota kumpulan Red Velvet iaitu Joy dan kekasihnya penyanyi Crush sedang berdepan masalah dan bakal berakhir.

Memetik laporan Allkpop, berita bintang K-pop dan penyanyi R&B itu sudah putus mula tersebar di media sosial apabila netizen mendapati Joy sudah tidak mengikuti kekasihnya itu di Instagram.

joyy - 1

Joy dan Crush menjalin hubungan cinta selama dua tahun.

Malah tidak lama kemudian Crush dilaporkan menyahaktifkan akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, sebelum bertindak menyahaktifkan akaun media sosial itu, penyanyi berkenaan juga sudah tidak mengikuti platform media sosial anggota Red Velvet yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Joy Red Velvet bakal berkolaberasi dengan Camila Cabello, peminat tak sabar tunggu hasil

ARTIKEL BERKAITAN: Joy (Red Velvet) panik dengar letupan bunga api, terus lari tinggalkan pentas

Susulan daripada itu, rata-rata netizen membuat spekulasi mengatakan kedua-dua selebriti itu sudah tidak lagi bersama.

Untuk rekod, Joy dan Crush secara terbuka memaklumkan hubungan cinta mereka secara rasmi pada Ogos 2021.

Hubungan mereka menjadi semakin akrab kerana kedua-duanya mempunyai minat yang sama terhadap anjing selepas berkolaborasi menerusi single Crush berjudul Mayday.

Sehingga kini peminat masih menantikan kenyataan rasmi mengenai status hubungan mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Tun Daim meninggal dunia