suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Joy Red Velvet bakal berkolaberasi dengan Camila Cabello, peminat tak sabar tunggu hasil

Camila bakal memaparkan Joy Red Velvet dalam muzik video terbarunya.

ANGGOTA kumpulan Red Valvet, Joy mendapat peluang untuk berkolaborasi bersama penyanyi  Camila Cabello dalam muzik video terbarunya.

Menurut Koreaboo, khabar angin yang diterima di Twitter milik The Pop Hub itu menyatakatan bahawa Camila akan mengeluarkan video muzik untuk single terbaru yang turut menampilkan vokal Joy.

"Camila Cabello dilaporkan akan mengeluarkan single terbaharunya My Oh My yang akan memaparkan Joy Red Valvet," demikian seperti dilaporkan.

Rata-rata peminat kumpulan Red Valvet begitu teruja dan gembira dengan khabar angin yang dikeluarkan oleh The Pop Hub.

Peminat juga menyatakan bahawa jika khabar angin itu benar, mereka meminta agar Camila mengeluarkan segera video muzik tersebut.

joy red velvet, camila cabello

Artikel Lain