suria

Peminat ugut nak bunuh diri jika Shah Rukh Khan tak kongsi perkembangan terkini

Shah Rukh Khan akan berkongsi berita gembira mengenai filem terbaharunya dalam masa sebulan atau dua bulan lagi.

SELEPAS setahun berehat daripada dunia lakonan, peminat mula berasa tidak sabar untuk mengetahui perkembangan terkini pelakon Shah Rukh Khan.

Menerusi laporan Indiatimes, rata-rata peminat menunggu Shah Rukh Khan membuat pengumuman mengenai karier lakonannya untuk tahun ini.

Sehinggakan ada salah seorang peminat mahu membunuh diri sekiranya raja Bollywood itu tidak berkongsi apa-apa informasi dalam masa terdekat.

"Saya dah lama tidak melihat sebarang filem sejak filem Zero dan tiada keterujaan apabila anda tidak membuat kemunculan. Anda perlu kongsikan berita gembira!

Antara status peminat yang mahu Shah Rukh Khan berkongsi mengenai perkembangan terkininya.

"#WeWantAnnouncementSRK (kami mahukan pengumuman SRK) jika anda tidak umum perkembangan seterusnya pada 1 Januari, saya akan bunuh diri," tulis peminat di Twitter.

Dalam pada itu, Shah Rukh Khan memberitahu dia akan mengumumkan perkara itu dalam masa sebulan atau dua bulan lagi kerana masih dalam proses memilih skrip untuk filem seterusnya.

Kali terakhir Shah Rukh Khan berlakon menerusi filem Zero yang ditayangkan pada Disember 2018.

Shah Rukh Khan

Artikel Lain