suria

Taeyeon tangguh konsert solo, mahu fokus rawat penyakit kemurungan - “Saya tertekan dan ianya amat menyakitkan”

Taeyeon menderita penyakit kemurungan.

PENYANYI Taeyeon terpaksa membatalkan Taeyeon Concert the Unseen yang sepatutnya diadakan pada 17 hingga 19 Januari ini.

Menurut Taeyeon, keputusan itu dibuat berikutan dia mahu fokus menjalani rawatan penyakit kemurungan yang dihadapinya sejak enam bulan lalu.

"Saya sedang berusaha untuk memikirkan perkara dan memori yang indah sahaja kerana amat perit buat saya jika masih memikirkan mengenai perkara lampau.

"Saya amat tertekan dan ianya amat menyakitkan.

Taeyeon terpaksa menunda konsert kerana mahu fokus dengan rawatan penyakit kemurungan dihidapinya.

"Untuk tahun 2020 ini saya mahu lebih fokus dengan rawatan untuk melawan penyakit kemurungan ini dan saya berharap saya akan pulih kembali," ujarnya.

Pada Jun lalu, ahli kumpulan SNSD ini memberitahu dia kini menderita kemurungan dan sedang berusaha melawan penyakit tersebut.

Teayeon juga dikatakan terpaksa mengambil ubat-ubatan daripada doktor dan meminta orang ramai tidak berfikiran negatif terhadap mereka yang kemurungan.

Sementara itu, rata-rata peminatnya menghantar ucapan sokongan dan berharap Teayeon kuat untuk melawan kemurungannya itu. - Allkpop

SNSD, Teayeon, murung

Artikel Lain