suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Min Woo bebas tuduhan cium, raba wanita tanpa kebenaran

Lee Min Woo ketika membuat persembahan di "Mnet Countdown", Seoul.

NAMA Lee Min Woo akhirnya dibersihkan daripada tuduhan melakukan serangan seksual terhadap dua wanita.

Mengikut laporan soompi, kes ini tutup kerana mangsa menarik balik aduan yang dibuat pada Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Cium dan raba dua wanita, Minwoo berdepan tuduhan serangan seksual

Pada 31 Disember, agensi hiburan kumpulan Shinhwa, Liveworks Company mengeluarkan kenyataan bahawa nama Min Woo dibersihkan daripada tuduhan tersebut.

"Hello, kami daripada syarikat Liveworks.

"Berkenaan dengan kejadian yang dikaitkan dengan penyanyi kami, Lee Min Woo yang dilaporkan media Julai lalu, pihak pendakwa baru sahaja menutup kes siasatan kerana tiada bukti yang dijumpai terhadap tertuduh.

"Kami ingin memohon maaf kerana menimbulkan kerisauan peminat kepada Min Woo serta kumpulan Shinhwa.

Sebelum ini Min Woo didakwa melakukan jenayah itu pada 29 Jun lalu ketika berhibur bersama beberapa rakan selebriti lain sebelum bertindak mencium dan menyentuh bahagian dada dua wanita yang duduk di meja sebelah.

Artikel Lain