suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zac Efron keluar hospital, perlu berehat selepas terkena jangkitan kuman di Papua New Guinea

Zac Efron menghadiri The CinemaCon Big Screen Achievement Awards

KEADAAN kesihatan pelakon Zac Efron kembali pulih selepas menerima rawatan akibat jangkitan bakteria, baru-baru ini.

Mengikut laporan ET, Zac mendapat jangkitan tersebut ketika menjalani penggambaran dokumentari berjudul Killing Zac Efron yang diadakan di Papua New Guinea.

Doktor membenarkannya pulang, namun masih memerlukan rawatan susulan bagi memastikan dia benar-benar bebas daripada jangkitan tersebut.

Sementara itu menerusi Instagram, Zac meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin terhadap keadaan kesihatannya itu.

Zac,mengucapkan terima kasih kepada semua di akaun instagram miliknya

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua.

"Saya dijangkiti kuman ketika di Papua New Guinea tetapi saya berjaya menghabiskan tiga minggu di sana.

"Kini saya berada di rumah untuk berehat, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang prihatin terhadap saya.

Killing Zac Efron merupakan rancangan dokumentari yang memerlukan Zac melalui beberapa cabaran dan bertahan untuk hidup selama untuk hidup selama 21 hari berbekalkan peralatan asas.

zac efron, kuman bacteria, hospital

Artikel Lain