suria

Randy Pangalila terkejut dituduh cederakan anjing - “Saya minta maaf jika ada pihak terganggu dengan berita tidak benar ini”

Randy terkejut apabila mengetahui berita mengenai dirinya dituduh mencederakan beberapa ekor anjing

PELAKON Randy Pangalila yang sedang bercuti bersama keluarganya terkejut apabila dimaklumkan mengenai berita dia dituduh mencederakan beberapa ekor anjing.

Randy menegaskan tuduhan tersebut adalah tidak benar dan memohan maaf kepada peminatnya yang terganggu dengan penyebaran berita daripada pihak tidak bertanggungjawab.

"Hi semua, saya sedang meluangkan masa bersama keluarga, tiba-tiba saya dikejutkan dengan berita yang hangat diperkatakan di laman sosial.

"Disebabkan itu, saya ingin memberi penjelasan sebenar agar berita ini tidak disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Mohon agar dibaca dan saya minta maaf jika ada pihak terganggu dengan berita tidak benar ini," katanya.

Sumber - Liputan6

Randy Pangalila

Artikel Lain