suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wendy Red Velvet cedera kemalangan ketika rehearsal

Red velvet mebuat persembahan di Hanoi, Vietnam.

PENYANYI kumpulan Red velvet iaitu Wendy cedera selepas terlibat dalam kemalangan semasa membuat latihan untuk konsert SBS Gayo Daejeon 2019.

Selepas menjalani pemeriksaan, sumber daripada SM Entertainment memaklumkan bahawa vokalis itu mengalami kecederaan pada muka, patah tulang di pinggul dan patah di pergelangan tangan kanan.

"Dia mengalami kecederaan pada muka, patah tulang di pinggul dan pergelangan tangan kanan," kata sumber itu.

Berdasarkan laporan soompi, Pihak SM Entertainment akan membuat pengumuman tentang status konsert itu selepas semuanya selesai.

"Berkaitan dengan jadual Red Velvet seterusnya, kami akan membuat pengumuman selepas semua kembali kepada asal," katanya.

Pihak SBS juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi meminta maaf kepada semua peminat tentang apa yang berlaku kepada penyanyi tersebut.

red velvet, cedera

Artikel Lain