suria

Justin Bieber ‘all out’ sempena 2020! Umum bakal buat konsert jelajah dan lancar album baharu

Justin Bieber membuat persembahan di Billboard Awards pada 2016

PENYANYI Justin Bieber mengumumkan bakal melancarkan lagu dan album terbaharunya pada awal tahun depan.

Menurut laporan ET, Justin juga merancang untuk menerbitkan dokumentari khas dan konsert jelajah yang bakal bermula di Washington, Amerika Syarikat pada Mei 2020.

"Album ini berlainan daripada sebelumnya kerana ia menceritakan mengenai fasa dan perjalanan hidup saya sekarang.

Justin Bieber membuat persembahan bersama dengan Luis Fonsi

"Sejujurnya, saya begitu teruja untuk menjayakan persembahan jelajah tersebut. Lebih-lebih lagi muzik adalah nyawa saya," katanya.

Sebelum itu menerusi laman sosial, Justin ada memuat naik dua keping gambar yang memberi bayangan mengenai projek terbaharu itu.

Khabar itu membuatkan peminat teruja dan tidak sabar menanti buah tangan terbaharu penyanyi lagu Baby ini pada tahun depan.

justin bieber, tour, single terbaharu

Artikel Lain