suria

Setahun bencana tsunami ragut nyawa isteri, Ifan Seventeen belum sedia kahwin lain

Ifan Seventeen belum terfikir terima kehadiran wanita baharu.

VOKALIS kumpulan Seventeen Riefian Fajarsyah atau Ifan belum bersedia untuk kembali berumah tangga biarpun isterinya Dylan Sahara genap setahun meninggal dunia.

Dylan Sahara menjadi mangsa tsunami Selat Sunda pada 22 Disember 2018.

ARTIKEL BERKAITAN: Ifan (Seventeen) cerita detik dibawa arus tsunami, capai kotak selamatkan diri

Ifan masih tidak jumpa pengganti isteri.

Menurut Ifan, mencari pasangan baharu mungkin mudah, namun perasaan sayangnya sudah tentu berbeza.

Seperti dipetik Kompas.com Ifan berkata, sehingga kini dia masih tidak dapat membuka hatinya kepada wanita lain kecuali ditakdirkan Allah.

“Saya masih belum terfikir untuk membuka hati kepada seseorang yang baru dalam hidup kecuali dengan takdirNya” ujar Ifan.

Tambahnya, dia kini sibuk dengan projek dokumentari filem tentang kumpulan Seventeen sebulan sebelum kejadian tsunami.

Ifan Seventeen

Artikel Lain