suria

Konsep baju menyeramkan, lagu 'Psycho' nyanyian Red Velvet raih 10 juta tontonan kurang 24 jam dilancar

Red Velvet keluar album dengan 16 buah lagu baharu.

KUMPULAN Red Velvet melancarkan projek akhirnya berjudul The ReVe Festival: Finale yang berbeza daripada sebelum ini apabila mereka menggunakan konsep dengan pakaian menyeramkan.

Album yang memuatkan 16 buah lagu itu mengangkat Psycho sebagai lagu utama untuk dilancarkan kepada umum.

Muzik video Psycho turut mencipta rekod tersendiri apabila meraih 10 juta tontonan Youtube kurang 24 jam dilancarkan.

Malah, turut menerima 1.5 juta tanda suka dan trending di laman Youtube dan Twitter.  

Psycho merupakan lagu dengan genre city pop mudah menarik perhatian pendengar dengan melodinya yang catchy.

Liriknya mengisahkan tentang pasangan yang banyak berkelahi sehingga kelihatan gila di mata masyarakat.

Malah, netizen turut memuji kumpulan bawah agensi SM Entertaiment itu yang dianggap sempurna dari segi lagu, visual dan koreografi.

Malah mereka turut menyifatkan lagu tersebut terbaik daripada Red Velvet.

SUMBER: ALLKPOP

Artikel Lain