suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada lagi rahsia! Heechul Super Junior, Momo Twice kini sah bercinta

Kim Heechul dan Momo Hirai disahkan menjalinkan hubungan istimewa.

ANGGOTA kumpulan Super Junior iaitu Kim Heechul dan Momo Hirai daripada kumpulan Twice kini sah menjalinkan hubungan cinta.

Berita gembira bagi peminat kedua-dua bintang kpop itu disahkan oleh agensi masing-masing, SJ Label dan JYP Entertainment.

"Kami mengesahkan Heechul dan Momo mula bercinta sejak akhir-akhir ini, mereka jadi semakin rapat," kata SJ label menerusi kenyataan.

"Mereka baharu sahaja menjalinkan hubungan yang berkembang daripada persahabatan senior dan junior kepada percintaan," kata JYP Entertainment.

Sebelum ini pada Ogos kedua-dua mereka sudah dilaporkan bercinta namun agensi pengurusan masing-masing menafikannya.

kim heechul, momo hirai

Artikel Lain