suria

Big Bang buat ‘comeback’ di festival muzik Coachella, kali pertama tanpa Seungri

Kali terakhir kumpulan BigBnag membuat persembahan pada tahun 2017

SELEPAS dua tahun, kumpulan Kpop sensasi Big Bang akan membuat kemunculan semula di Festival Muzik dan Seni Coachella (Coachella) bertempat di California, Amerika Syarikat.

Penganjur mengesahkan bahawa Big Bang akan tampil membuat persembahan pada 10 dan 17 April.

Pengumuman tersebut ternyata mengundang keterujaan dalam kalangan peminat kumpulan yang terkenal dengan lagu Fantastic Baby itu.

Poster rasmi festival muzik Coachella pada 10 hingga 19 April 2020

Sebelum ini Big Bang dianggotai G-Dragon, T.O.P, Taeyang, Daesung dan Seungri.

Namun Seungri mengambil keputusan untuk bersara daripada dunia hiburan pada 2019, susulan skandal seks.

Pada 2017, anggota Big Bang dipanggil untuk menyertai perkhidmatan wajib ketenteraan.

T.O.P menamatkan perkhidmatannya pada Julai, diikuti G-Dragon pada Oktober dan Taeyang serta Daesung pada 10 November 2019.

Selepas Seungri meninggalkan Big Bang, festival muzik Coachella bakal menjadi platform pertama kumpulan ini membuat persembahan bersama empat orang anggota.

big bang, comeback

Artikel Lain