suria

Park Bo Young dan Kim Hee Won berkawan rapat, bukan bercinta - “Tapi memang kami selalu makan bersama!”

Park Bo Young menafikan dia sedang bercinta dengan Kim Hee Won.

PELAKON Park Bo Young dan Kim Hee Won menafikan dakwaan yang mengatakan mereka mempunyai hubungan istimewa.

Menerusi laporan Soompi, Park Bo Young mengakui dia dan Kim Hee Won berkawan rapat semenjak bekerjasama menerusi program Hot Young Bloods dan Collective Invention.

"Ia adalah tidak benar. Saya berkawan rapat dengan Hee won ketika bekerjasama dalam Hot Young Bloods dan Collective Invention.

Park Bo Young akui berkawan baik dengan Kim Hee Won.

"Kami memang berkawan rapat dan ada hubungan yang baik sebagai senior dan junior. Memang kami selalu makan bersama! Yang itu betul!

"Bila kami pergi Yeongdeok untuk program makan snow crab, bukan hanya kami berdua tetapi pengarah Collective Invention juga turut ada bersama.

"Saya tiada agensi, jadi agak sukar untuk mengeluarkan artikel menafikan perkara itu," katanya.

Park Bo Young, Kim Hee Won

Artikel Lain