suria

Penantian tidak berbaloi, peminat kecewa Park Seo Joon muncul 2 minit dalam ‘The Marvel’

Penampilan sulung Seo Joon dalam The Marvels menjadi bualan netizen.

PEMINAT meluahkan rasa kecewa apabila kemunculan aktor Park Seo Joon menerusi filem The Marvel hanya selama dua minit.

Allkpop melaporkan kekecewaan itu timbul selepas ramai meletakkan harapan tinggi apabila Seo Joon diumumkan bakal muncul dalam filem Hollywood berkenaan.

Bagaimanapun ramai membuat spekulasi Seo Joon menerima tawaran tersebut hanya sekadar untuk menimba pengalaman berlakon dalam produksi filem Hollywood.

"Seo Joon sangat mengagumkan. Dia sentiasa mencabar diri untuk melakukan perkara baharu... Itu adalah pengalaman terbaik yang dimilikinya.

psj1 - 1

Seo Joon membuat kemunculan istimewa dalam filem The Marvels.

"Industri filem terbesar ialah Hollywood. Ini akan menjadi kelebihan besar baginya walaupun hanya muncul selama dua minit," komen netizen.

Sementara itu, agensi pelakon tersebut juga sebelum ini pernah memberikan kenyataan kepada pihak media bahawa Seo Joon sentiasa mencari kelainan dalam mencari watak menerusi filem dan drama lakonannya.

"Anda akan terus mencari sisi baharu Park Seo Joon yang belum pernah dilihat sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tak sabar tunggu 10 November, mahu tonton The Marvels sebab Park Seo Joon

ARTIKEL BERKAITAN: IU hantar tiga trak kopi di set penggambaran, peminat tersenyum baca komen 'sweet' Park Seo Joon

"Dia akan meneruskan karya yang boleh menunjukkan pelbagai daya tarikan sebagai pelakon dalam filem dan drama," ujarnya.

Pada September 2021, agensi pengurusan Seo Joon mengesahkan aktor itu akan menyertai salah sebuah filem terbaharu terbitan Marvel Studios.

Seo Joon menjadi pelakon Korea ketiga membintangi filem Marvel selain pelakon Claudia Kim (Avengers: Age of Ultron) dan Ma Dong Seok (Eternals).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain