suria

Bekas ahli Champion Band kini bawa teksi, jalani vasektomi enggan miliki anak ramai 

Shao Ku tidak malu menjalani vasektomi.

AKIBAT mengalami masalah kewangan, penyanyi Taiwan Huang Shao Ku mengambil keputusan melakukan prosedur vasektomi.

Shao Ku, 42, berkata, dia tidak merancang menambah bilangan anak kerana enggan membebankan keluarga meskipun dari sudut fizikal dia mampu berbuat demikian.

"Saya minta maaf kerana hanya memiliki dua orang anak. Jika berkemampuan, saya mahu lebih lagi.

shao ku 2

Shoa Ku kini menyara hidup sebagai pemandu teksi.

"Memikirkan kepayahan yang dilalui oleh saya dan isteri ketika ini, ia memberi sedikit beban. Jadi saya mengambil keputusan menjalani prosedur vasektomi," katanya.

Dia berkongsi perkara tersebut di laman sosial miliknya pada hari dia hadir ke hospital bagi melakukan prosedur itu.

Shao Ku dan isterinya, Yumi Lin, 38, baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka pada November lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Joy Red Velvet dan Crush sudah putus, netizen buat spekulasi selepas ‘unfollow’ IG

ARTIKEL BERKAITAN: Han So Hee buat pembedahan hidung bukan sebab nak cantik tapi susah bernafas

Bapa dua anak ini merupakan penyanyi utama kumpulan Champion Band yang popular sekitar tahun 1990-an.

Kehidupannya mula berubah selepas dia mengalami kerugian akibat gagal dalam perniagaan sehingga terpaksa menanggung hutang keliling pinggang.

Bagi menampung kehidupan keluarga, Shao Ku bekerja sebagai pemandu teksi dengan pendapatan sekitar RM4,500 sebulan.

Bagaimanapun wang berkenaan tidak cukup memandangkan dia perlu membayar yuran bulanan pengasuh anak sulungnya yang kini berusia 2 tahun sebanyak RM2,000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain