suria

Akhirnya berdamai… Ressa Herlambang bayar hutang RM5,000 kepada Kiki Kanoe

Kiki (baju kuning) menerima wang yang diberikan Ressa.

PENYANYI Resaa Herlambang akhirnya berdamai dengan individu bernama Kiki Kanoe yang sebelum dikatakan meminjamkannya duit.

Dalam satu majlis yang menemukan mereka berdua Ressa menyerahkan wang berjumlah Rp17 juta (kira-kira RM5,000) hasil sumbangan pihak pengurusannya.

“Saya bertemu Kiki untuk eratkan silaturrahim dan meminta maaf. Saya percaya dalam hubungan sahabat atau keluarga pasti akan berlaku perselisihan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaja cerita hidup susah... Ressa Herlambang bukan dapat simpati tapi lebih banyak pekung terbuka

“Saya minta maaf atas kesilapan diri dan hutang sebelum ini. Saya harap hubungan kami bagai keluarga yang tidak akan dipisahkan di masa akan datang,” katanya.

Kiki sebelum ini pernah mendedahkan Ressa meminjamnya sejumlah wang untuk membiayai kehidupan selepas perniagaan keluarganya muflis.

Bukan itu sahaja, Ressa juga dikata turut memperdaya Kiki untuk membayar hutang kepada orang lain.

IMG_2838 2

Ressa sebelum ini membuat pendedahan hidup susah.

Selain membayar wang sewaan rumah bulanan, Kiki turut menampung pembiayaan ubat ibu Ressa sebelum meninggal dunia pada Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun daripada kesemua jumlah wang yang dipinjam, Kiki hanya menuntut bayaran semula wang sebanyak RM5,000.

Ketika bercakap kepada media, Kiki juga meluahkan rasa kecewa terhadap Ressa kerana tidak memaklumkan ibunya sudah meninggal dunia walaupun hubungan mereka sangat baik.

Sementara itu, Ressa dalam satu sesi bertemu media sebelum ini berkongsi kisah sedih terpaksa berpura-pura hidup mewah walaupun sudah jatuh bankrap.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain