suria

Belasah bekas kekasih, nama Youngbin digugurkan dari Blank2Y

Kontroversi pukul bekas kekasih jejaskan nama Youngbin.

PIHAK pengurusan Blank2Y mengambil keputusan untuk mengugurkan nama salah seorang anggotanya iaitu Youngbin selepas didapati bersalah mencederakan bekas kekasih.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Keystone Entertainment, pihak mereka telah menjalankan siasatan terhadap dakwaan yang timbul sebelum ini dan mendapati ia adalah benar.

“Selepas membuat semakan fakta atas dakwaan yang dibuat, kami mengesahkan bahawa individu tersebut adalah Youngbin.

ARTIKEL BERKAITAN: Cuba larikan diri, bekas suami Abby Choi akhirnya diberkas

“Agensi kami membuat keputusan untuk Youngbin meninggalkan Blank2Y dan kumpulan ini akan terus membuat persembahan tanpannya.

“Kami memohon maaf kepada peminat dan orang ramai yang terkesan dengan berita tersebut,” jelas kenyataan berkenaan.

YOUNGBIN 2

Youngbin kini tidak lagi bersama Blank2Y.

Terdahulu seorang individu membuat pendedahan tentang rakannya yang cedera teruk selepas dibelasah oleh teman lelaki kerana mahu memutuskan hubungan mereka.

Dalam perkongsian tersebut, individu berkenaan memberitahu rakannya itu hampir mati ketika pergaduhan berlaku di mana Youngbin bertindak menarik leher teman wanitanya selain merampas telefon bimbit.

Bagaimanapun insiden yang berlaku di sebuah lorong itu diselamat oleh orang ramai yang kebetulan ada di sana.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain