suria

Cuba larikan diri, bekas suami Abby Choi akhirnya diberkas

Suami Abby ditahan bagi membantu siasatan.

BEKAS suami kepada model dari Hong Kong Abby Choi yang mati dibunuh dengan kejam berjaya diberkas pihak berkuasa ketika cuba melarikan diri.

Supritenden Polis Alan Chung memaklumkan lelaki berkenaan ditahan di sebuah jeti terpencil kawasan Tun Chung di daerah Lantau.

Pihak polis mendapati dia cuba melarikan dir ke China dengan menggunakan pengangkutan air.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat model Hong Kong Abby Choi ditemukan tanpa kepala, keluarga bekas suami dipercayai dalang pembunuhan

Abby, 28, dijumpai tanpa kepala di sebuah rumah dipercayai tempat mangsa dibunuh selepas dilaporkan hilang sejak Rabu.

Ketika serbuan kediaman tersebut polis menemui gergaji elektrik dan penggiling daging yang telah digunakan untuk mengisar mangsa.

Polis turut menemui beberapa barang peribadi milik mangsa termasuk sebuah beg tangan mewah jenama Hermes berwarna merah jambu, kad pengenalan dan kad kredit.

IMG_2814

Mayat Abby ditemui dalam keadaan mengerikan.

Sebelum ini, pihak berkuasa telah menahan abang kepada bekas suami Abby dan kedua ibu bapanya bagi membantu siasatan.

Siasatan turut dilakukan dilakukan di sekitar Tanah Perkuburan Tseung Kwan dan pasukan penyelam turut mencari bahan bukti di kawasan perairan kerana kepada Abby masih belum ditemui.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain