suria

Polis masih tak jumpa kepala Abby Choi, bekas bapa mentua tetap didakwa esok

Kes kematian Abby kini hangat diperkatakan.

SUSULAN penemuan mayat model Hong kong iaitu Abby Choi pada Jumaat lalu, bekas bapa mentua mendiang bersama anak lelaki sulungnya bakal didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh.

Suspek yang berusia 65 tahun dan 31 tahun bakal dihadapkan ke Mahkamah Kowloon City pada Isnin.

Manakala bekas ibu mentua Abby yang berusia 63 tahun pula akan didakwa atas pertuduhan penyelewengan maklumat kerana bersuhabat menyembunyikan kematian model berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Cuba larikan diri, bekas suami Abby Choi akhirnya diberkas

Ketiga-tiga mereka sebelum ini ditahan pihak berkuasa Hong Kong pada Jumaat.

Polis dalam satu kenyataan memberitahu bekas suami Abby pula kini masih lagi dalam proses soal siasat selepas diberkas pihak berkuasa ketika cuba melarikan diri dipercayai ke China pada Sabtu lalu.

Lelaki berkenaan ketika ditahan di jeti Tung Chung, Pulau Lantau turut menemui wang tunai berjumlah RM280,000 bersama beberapa utas jam tangan mewah dianggarkan bernilai RM2.2 juta.

abby choi 33

Bekas suami Abby dibawa ke hospital selepas diberkas polis kerana mengadu sakit.

Bagaimanapun, ketika proses siasatan dijalankan, lelaki terbabit mengadu kurang sihat dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth Hong Kong untuk rawatan.

Dunia hiburan di Hong Kong digemparkan dengan penemuan mayat Abby, 28, dalam keadaan mengerikan iaitu tanpa kepala di sebuah rumah dipercayai tempat mangsa mati dibunuh selepas dilaporkan hilang pada Rabu lalu.

Ketika serbuan, polis turut menemui gergaji elektrik dan penggiling daging yang telah digunakan dipercayai untuk mengisar mayat mangsa sebagai cara menghapuskan bukti.

Sehingga kini, polis masih belum menemui kepala milik mendiang dan usaha menjejaknya masih dijalankan dengan penahanan bekas suaminya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain