suria

Jaja cerita hidup susah... Ressa Herlambang bukan dapat simpati tapi lebih banyak pekung terbuka

Kisah lama Ressa kini menjadi bualan ramai.

SELEPAS mendedahkan kisah hidup miskin kerana perniagaan keluarga gagal, nama Ressa Herlambang terus menjadi perhatian ramai.

Bukannya rasa simpati yang datang, sebaliknya terbuka pula cerita kurang enak yang mendakwa penyanyi itu pernah menipu rakan-rakan terdekat dengan meminjam duit dan gemar berhutang.

Salah seorang yang membuat pendedahan adalah lelaki bernama Kiki Kanoe memberitahu pernah meminjamkan sejumlah besar wang selain membayar sewa bulanan rumah didiami Ressa.

ARTIKEL BERKAITAN: Ressa Herlambang pura-pura hidup mewah, berniaga tepi jalan tampung kehidupan - “Jangan sampai mati darjat”

"Saya pernah bayar sewa bulanan rumah selama dua tahun. Dia menipu ramai orang dan saya bantu bayarkan wang tersebut. Namun dia juga ambil kesempatan. Apabila ada yang tuntut wang dia akan cakap terus minta kepada saya," katanya.

Kenyataan Kiki itu telah menarik perhatian lebih ramai orang membuka cerita sama.

ressa 3

Ressa sebelum ini mengakui hidup susah.

Menerusi satu hantaran di Twitter, seorang pengguna mendedahkan pernah ditipu oleh Ressa yang menjanjikan dirinya untuk menjadi seorang artis rakaman.

Lebih parah lagi apabila ada juga mendedahkan Ressa pernah melakukan gangguan seksual namun pemilik akaun Twitter tersebut enggan mendedahkan secara terperinci.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain