suria

Selamba tayang selulit, peminat puji Khloe Kardashian muat naik foto berbikini tanpa suntingan

Khloe terima pujian peminat tidak sunting foto.

SELEBRITI media sosial, Khloe Kardashian menerima pujian daripada peminat apabila memuat naik gambar tanpa sebarang suntingan di Instagram miliknya pada Selasa.

Menerusi foto yang dikongsi itu, Khloe, 38, mempamerkan susuk tubuhnya dengan hanya menyarungkan bikini dan memuji adiknya, Kendall Jenner kerana bijak mengambil sudut terbaik dalam mengambil fotografi.

"Bila seorang adik mengetahui sudut terbaik diri kamu," tulisnya.

khloe1 - 1

Khloe tidak kisah memperlihatkan selulit pada tubuhnya.

Hantaran yang dimuat naik itu menerima respon daripada Kendall yang membalas kenyataan Khloe.

"Saya sentiasa memahami awak," balas Kendall.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat memuji foto terbaharu selebriti itu kerana tidak disunting dan kelihatan sangat natural sehingga tidak kisah memperlihatkan selulit pada tubuhnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Khloe Kardashian dikecam muat naik gambar dinding melengkung, peminat dakwa sengaja demi raih 'likes'

ARTIKEL BERKAITAN: Berkali-kali berlaku curang, Khloe Kardashian dan Tristan Thompson bakal timang cahaya mata kedua

"Ya, Kardashian dengan selulit! Saya suka versi lebih natural daripada kamu Koko (panggilan Khloe).

"Saya suka foto asli ini yang menunjukkan tekstur badan dan selulit. Ia sangat menakjubkan apabila seorang selebriti tidak menyunting foto mereka.

"Akhirnya, nampak juga sedikit selulit. Apa-apa pun kita tetap manusia biasa," tulis netizen.

Foto tersebut menerima hampir 10,000 komen daripada keseluruhan pengikutnya di Instagram seramai 294 juta.

khloe2 - 1

Khloe terima pujian netizen.

Sebelum ini, Khloe menerima kecaman netizen apabila dikatakan menyunting foto yang mahu menonjolkan pinggangnya kelihatan ramping sehingga bahagian belakang dinding gambar menjadi melengkung.

Peminat mendakwa Khloe sengaja memuat naik foto berkenaan bagi meraih perhatian kerana tidak mungkin selebriti itu akan membiarkan dirinya dimalukan netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain