suria

Kejam! Kepala Abby Choi ditemukan dalam periuk sup, ngeri rambut pun dah tercabut

Kepala Abby Choi ditemui dalam keadaan telah dimasak.

PIHAK Polis Hong Kong berjaya menemui kepala milik model terkenal Abby Choi di dalam periuk sup selepas ditemukan maut dalam keadaan mengerikan pada Jumaat lalu.

Menurut laporan polis Hong Kong, kepala mangsa berusia 28 tahun itu ditemui dalam keadaan rambut sudah tidak melekat pada tengkorang kerana telah dimasak malah seseorang dipercayai cuba memukul kepala mangsa.

Bukan itu sahaja, pihak forensik Hong Kong juga menemui sejumlah kecil daging cincang, bersama lobak merah dan lobak hijau.

CHINA_HONG_KONG_CRIME_1677425970

Rumah dipercayai menjadi tempat pembunuhan Abby Choi.

Selain itu, polis turut menemui tulang rusuk di dalam salah satu periuk berkenaan kerana dipercayai dalam cubaan untuk menghancurkannya.

Bagaimanapun, pihak polis akan melakukan ujian DNA bagi mengesahkan kepala dan tulang tersebut milik model berkenaan.

Dalam pada itu, polis kini sedang giat mencari lengan dan anggota badan mangsa dilaporkan masih hilang.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis masih tak jumpa kepala Abby Choi, bekas bapa mentua tetap didakwa esok

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat model Hong Kong Abby Choi ditemukan tanpa kepala, keluarga bekas suami dipercayai dalang pembunuhan

Sebelum ini, bekas bapa mentua mendiang bersama anak lelaki sulungnya bakal didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh.

Suspek yang berusia 65 tahun dan 31 tahun bakal dihadapkan ke Mahkamah Kowloon City pada Isnin.

Manakala bekas ibu mentua Abby yang berusia 63 tahun pula akan didakwa atas pertuduhan penyelewengan maklumat kerana bersuhabat menyembunyikan kematian model berkenaan.

Ketiga-tiga mereka sebelum ini ditahan pihak berkuasa Hong Kong pada Jumaat.

329827021_130414936604200_7431590119181775632_n

Kali terakhir Abby Choi dilihat sebelum dibunuh.

Polis dalam satu kenyataan memberitahu bekas suami Abby pula kini masih lagi dalam proses soal siasat selepas diberkas pihak berkuasa ketika cuba melarikan diri dipercayai ke China pada Sabtu lalu.

Lelaki berkenaan ketika ditahan di jeti Tung Chung, Pulau Lantau turut menemui wang tunai berjumlah RM280,000 bersama beberapa utas jam tangan mewah dianggarkan bernilai RM2.2 juta.

Dunia hiburan di Hong Kong digemparkan dengan penemuan mayat Abby, 28, dalam keadaan mengerikan iaitu tanpa kepala di sebuah rumah dipercayai tempat mangsa mati dibunuh selepas dilaporkan hilang pada Rabu lalu.

Ketika serbuan, polis turut menemui gergaji elektrik dan penggiling daging yang telah digunakan dipercayai untuk mengisar mayat mangsa sebagai cara menghapuskan bukti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain