suria

Crash Landing On You bakal jadi teater muzikal... adakah Hyun Bin dan Son Ye-jin akan menyanyi?

Drama ini juga telah membuahkan bibit-bibit cinta di antara pasangan hero dan heroinnya.

DRAMA popular Korea Selatan, Crash Landing On You bakal diterbitkan dalam bentuk teater muzikal pula selepas ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan penerbit drama tersebut iaitu Studio Dragon, penerbitan teater muzikal itu nanti turut akan melibatkan usahasama dengan dua syarikat lain, T2N Media dan Pop Music yang akan lebih memberikan fokus terhadap aspek nyanyian dalam naskhah berkenaan.

Drama muzikal tersebut dijangka ditayangkan di Seoul pada pertengahan tahun hadapan.

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan sama ada pelakon asal drama itu, Hyun Bin dan Son Ye-jin akan tampil melakonkan watak mereka ataupun digantikan dengan pelakon lain yang mempunyai kelebihan dalam bidang nyanyian.

Crash Landing On You menjadi antara drama paling banyak ditonton pelanggan saluran Netflix di seluruh dunia.

Keserasian Hyun Bin dan Ye-jin juga turut menjadi antara faktor kejayaan kepada drama berkenaan.

Malah daripada lakonan itu juga telah membuahkan bibit-bibit percintaan sehinggakan akhirnya pasangan ini membuat pendedahan pada awal tahun ini, mengakui yang mereka kini sedang bercinta. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Artikel Berkaitan

Artikel Lain

5 pemain badminton positif Covid-19