suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Lipa tunjuk minat nak jadi pelakon, sudah mula hafal skrip

Sudah berjaya sebagai seorang penyanyi, kini Dua Lipa ingin menceburkan diri dalam bidang lakonan.

PENYANYI terkenal, Dua Lipa kini menunjukkan minat untuk menceburkan diri dalam bidang lakonan.

Pendedahan itu dibuat menerusi satu temubual dengan The Los Angeles Times baru-baru ini.

Menurut Dua Lipa, 26, dia kini dalam proses menghafal skrip namun tidak mendedahkan dengan lebih lanjut berhubung perkara tersebut.

Dalam Anugerah Grammy yang berlangsung pada Mac lalu, penyanyi lagu Levitating ini berjaya memenangi trofi dalam kategori Vokal Album Pop Terbaik menerusi album Future Nostalgia.

Di Hollywood, bukanlah satu perkara luar biasa apabila penyanyi menunjukkan minat untuk bergelar pelakon.

Antara selebriti terkenal yang sudah berjaya membuktikan kebolehan mereka bergelar pelakon adalah seperti Lady Gaga, Beyonce, Jennifer Lopez dan Mandy Moore. - Daily Mail

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain