suria

Boleh ‘move on’ dengan Grammy, BTS diramal ada peluang menang Brit Awards 2021

BTS dianggotai (dari kiri), V, Suga, Jin, J-Hope, RM, Jimin dan Jungkook.

WALAUPUN tidak berjaya memenangi trofi dalam Anugerah Grammy yang berlangsung pada 14 Mac lalu, kumpulan terkenal BTS diramal berpotensi besar membawa pulang trofi dalam Brit Awards 2021.

BTS tercalon dalam kategori Kumpulan Antarabangsa Terbaik bersama pesaing lain iaitu Fontaines D.C sebuah kumpulan punk dari Ireland serta tiga kumpulan dari Amerika Syarikat iaitu, Foo Fighters, Haim dan Run The Jewels.

Penganjur Brit Awards kembali memasukkan kategori tersebut selepas menggugurkannya tahun lalu.

Kemunculan semula kategori itu dikatakan bertitik tolak daripada populariti global yang diraih BTS pada masa kini.

Brit Awards merupakan anugerah muzik berprestij yang mengiktiraf karya seni pemuzik dari United Kingdom.

Pemenang ditentukan menerusi undian daripada 1,000 ahli akademi Brit Awards yang terdiri daripada wakil syarikat pengurusan, pengurus, penerbit serta pihak media.

Kesemua pemenang Brit Awards akan diumumkan pada 11 Mei ini di O2 Arena, London. - Billboard

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

BTS, Brit Awards, Grammy Awards, kpop

Artikel Lain