suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

IU akhirnya mengaku ada masalah psikologi, sentiasa rasa ‘self-hate’ sejak kecil

Kehidupan IU mula berubah ketika berusia 25 tahun.

PENYANYI IU mendedahkan dia mempunyai masalah psikologi iaitu kebencian terhadap diri sendiri atau self-hate sejak kecil biarpun sentiasa memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan.

Namun menurut IU, kehidupannya mula berubah ketika berusia 25 tahun dan mengakui lagu Palette yang dikeluarkan sekitar 2017 mengisahkan tentang diri sendiri.

"Semasa kecil sentiasa wujud kebencian dalam diri saya. Walaupun selalu memperoleh keputusan yang baik, sukar bagi saya untuk mencintai diri sendiri.

"Bagaimanapun titik perubahan dalam hidup saya bermula ketika saya berusia 25 tahun. Malah, lagu Palette yang dikeluarkan pada 2017 itu mengisahkan diri saya sendiri.

"Dalam lirik lagu berkenaan ditulis bahawa saya sudah mula mengenal diri sendiri. Sebenarnya ia membawa maksud saya sudah dapat menerima kekurangan dan kekuatan saya.

"Saya akhirnya dapat menyayangi diri saya sendiri," kata IU yang kini berusia 28 tahun. - Soompi

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain