suria

Justin Bieber kini sebumbung dengan BTS, HYBE beli saham syarikat pengurusan

Selain Justin Bieber, turut sama berada di bawah pengurusan HYBE ialah Ariana Grande dan Demi Lovato.

PENYANYI Justin Bieber kini bernaung di bawah syarikat pengurusan sama dengan kumpulan gergasi Kpop, BTS iaitu HYBE.

HYBE yang dahulunya dikenali sebagai Big Hit Entertainment telah membeli saham syarikat rakaman milik Scooter Braun, Ithaca dengan nilai anggaran lebih AS$1 bilion (RM4.1 bilion).

Selain Justin, antara artis yang kini bernaung di bawah syarikat rakaman HYBE ialah Ariana Grande dan Demi Lovato yang sebelum ini turut berada di bawah pengurusan Scooter.

Ketua Eksekutif dan Pengerusi HYBE, Bang Si-Hyuk berkata kerjasama yang dimeterai itu adalah sesuatu yang tidak pernah dijangkakannya sebelum ini.

Dia berharap penyatuan kedua-dua syarikat itu dapat membentuk satu kerjasama muzik yang tidak mempunyai batasan dalam segala aspek.

"Ini adalah satu peluang untuk kami (industri Kpop) mencipta sejarah selain sama-sama berinovasi untuk perkembangan industri muzik global secara keseluruhannya," kata Si-Hyuk. - The Guardian

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain