Padah berjanji pelik-pelik! Na Young Suk terpaksa cari jalan hantar Eun Ji Won dan Lee Soo Geun ke bulan

Na Young Suk janji bawa Eun Ji Won dan Lee Soo Geun ke bulan jika berjaya raih sejuta pengikut di laman sosial.

PERSONALITI media sosial dari Korea Selatan iaitu Na Young Suk berjaya memiliki sejuta pengikut di laman Youtube

Memetik laporan Soompi, penerbit dan pengarah New Journey To The West dan Three Meals a Day mengumumkan mengenai perkara itu secara langsung di laman sosialnya.

Pada 21 September lalu, dia pernah berjanji untuk menghantar penyanyi Eun Ji Won dan pelawak Lee Soo Geun ke bulan jika berjaya memperoleh sejuta pengikut di saluran akaun Youtube miliknya. 

"Jika saluran Youtube NaNaNa saya mencecah satu juta pengikut, saya akan menghantar Eun Ji Won dan Lee Soo Geun ke bulan," katanya. 

Setelah dua bulan berlalu, Young Suk perlu menunaikan janji tersebut apabila akaun Youtube miliknya itu mencecah satu juta pengikut.

Menerusi Instagram, Young Suk memuat naik sekeping foto memperlihatkan dia menutup mukanya di atas meja sambil menghadap dua skrin komputer yang menunjukkan gambar bulan dan akaun Youtube miliknya pada Selasa lalu.

Na Young Suk cari jalan untuk bawa Eun Ji Won dan Lee Soo Geun ke bulan.

"Terima kasih," tulisnya di laman tersebut. 

Dalam pada itu, Young Suk turut memberikan ucapan terima kasih dan sedia untuk mengotakan janjinya. 

"Krew produksi sedang meneliti dengan pelbagai cara untuk tunaikan janji. Apa-apapun kami akan umumkan keputusannya dalam masa terdekat. 

"Sekali lagi, saya ucapkan terima kasih sebab beri saya peluang untuk memiliki satu juta pengikut," ujarnya. - Soompi

Artikel Lain