“Mak pesan jangan berjemur bawah matahari” - Ini rupanya rahsia Paris Hilton cantik tanpa pembedahan plastik

Paris nafi lakukan pembedahan plastik untuk tampak lebih muda.

SELEBRITI Hollywood, Paris Hilton menafikan dakwaan bahawa dia melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan jelita dan lebih muda berbanding usianya yang mencecah 40 tahun.

Memetik laporan Mirror, Paris, 38, berkongsi rahsia dia mengekalkan keremajaan dengan mengelak daripada terdedah kepada sinaran matahari. 

"Mak saya selalu pesan supaya tidak berjemur di bawah pancaran matahari agar kulit kekal remaja dan nampak muda," katanya. 

Paris elak terkena sinaran matahari untuk mengekalkan keremajaan kulit.

Dalam pada itu, Paris menjelaskan bahawa dia tidak akan mengubah penampilannya menggunakan pembedahan plastik.

Sementara itu menerusi laporan Mirror pada 2018, dia berasa bangga dengan dirinya kerana tidak perlu menjalani apa-apa pembedahan plastik. 

"Keseluruhan saya adalah semulajadi, jadi saya rasa sangat bangga.

"Sejujurnya saya tak pernah buat botox, filler atau apa-apa saja pembedahan plastik," ujarnya. - Mirror

Paris Hilton

Artikel Berkaitan

Artikel Lain