suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kylie Jenner jual kosmetik guna ‘vending machine’

Kylie ambil teruja dengan perkembangan perniagaan kosmetik miliknya.

SELEBRITI Hollywood, Kylie Jenner tampil dengan idea menarik apabila menjual produk kosmetiknya menggunakan mesin jualan layan diri atau vending machine di Lapangan Terbang Antarabangsa McCarren, Las Vegas, Amerika Syarikat.

Kylie, 22, berkongsi perkara itu menerusi posting di media sosial.

Antara produk yang dijual melalui mesin itu ialah pelbagai gincu, pembayang mata serta koleksi kosmetik lain seperti Burgundy Extended Palette dan Bronze Extended Eye Shadow Palette.


Kylie jual produk kosmetik di mesin jualan automatik di Lapangan Terbang Antarabangsa McCarren, Las Vegas.

"Benda ni buat saya rasa happy sangat. Saya baru saja keluarkan vending machine @kyliecosmetics buat pertama kali di Lapangan Terbang Antarabangsa McCarren di Las Vegas," tulisnya di Instagram.

Tambah Kylie, dia turut berkolaborasi dengan rakan niaga yang juga merupakan saudaranya, Khloe Kardashian dalam menghasilkan produk kosmetik.

Koleksi itu menampilkan empat produk kosmetik yang terdiri dari lip matte satu lip liner, highlighter dan eyeshadow palette.  - Allure

Kylie Jenner

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia